Sunday 5 April 2015

FPSK C Mahbubah

Assalamualaikum Dunia!


Alhamdulillah thummal hamdulillah. Setelah sekian lama blog ini berhabuk lebih kurang 2 tahun, berkilat semula akhirnya. Insya Allah saya akan cuba istiqamahkan untuk terus-terus menulis paling kurang satu post setiap bulan. Semoga dengan usaha kecil ini Allah kira dan manalah tahu, ada insan-insan yang mendapat hidayah dengan asbab post saya. Jom masuk topik utama saya hari ini. :)

 المناظرة العربية المتفوقة

Sebagai seorang insan yang pertama kali (baca : first timer) terjun dalam arena perdebatan, sudah tentulah meninggalkan KAWAH yang sangat dalam di jiwa. Tambah-tambah bukannya hanya debat Bahasa Melayu, tapi BAHASA ARAB. Oleh itu, sukalah saya nak kongsi dengan SEMUA tentang KHIBRAH (baca : pengalaman) saya menyertai Debat Piala Naib Canselor USIM Kali Ke-8. Sebenarnya bukan setakat pengalaman itu yang ingin saya kongsikan, tetapi apa yang lebih penting ialah IBRAH (baca : pengajaran) yang dapat saya belajar. :)


Team saya semuanya PEREMPUAN. 4 orang. FPSK C
Manager yang sangat ‘supportive’ : Fadhilah
Pendebat pertama yang sangat ‘izzah dengan hujahnya : Izzah
Memegang tagline ‘ummul hujjaj’ : Saya
Pendebat ketiga yang sangat sentap dengan bidasannya : Fatimah



Ya! Kami semua bermula daripada angka negatif dalam membuat persediaan ini. First timer. Merangkak-rangkak bermula daripada pembinaan mauqifnya, (baca : pendirian) hujjajnya, (baca : hujah), huraiannya, khulasahnya (baca : penggulungan) dan penguasaan 5 maharat (baca:  kemahiran) iaitu menulis, mendengar, bercakap, membidas dan menjawab soalan. Memang sangat mencabar tetapi saya sangat hargai input-input berharga yang saya peroleh dalam Bahasa Arab itu. Bak kata manager saya,

“Sebenarnya debat ni bagus, dapat buka minda kita untuk ambil kisah dengan dunia luar. Tambah-tambah kita sebagai budak medik ni. Mana nak ambil tahu isu luar sangat, asyik-asyik buka buku Physiology, Anatomy dan Biochemistry saja. Lagi-lagi debat arab, banyak mufrodat (baca : vocabulary) baru yang kita dapat.”
 Ya! Saya setuju.


Team seperjuangan saya yang lain, tak dilupakan FPSK A dan FPSK B.
FPSK A (GenX) : Hanan, Atika, Salman, Fariz
FPSK B (Gen9) : Sofia, Aisyah, Azizan, Asmaa


Ya! Mereka sangat hebat. Saya tak nafikan. Dan apa yang penting, sinergi daripada kami semua menghasilkan satu natijah yang luar biasa. Two heads are better than one. This is so true. That’s why Allah has mentioned it in Al-Quran, Al-Maidah 2. Saling menolonglah dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan tolong-menolong pun dalam perkara dosa dan permusuhan. I’m touched. Pernah saya rasa ingin berundur dan menarik diri. Sebab apa? Sebab saya cemburu dengan kawan-kawan yang lain. Boleh revision untuk subjek esok hari, sedang saya dan team, bersengkang mata sampai pukul 2++ pagi semata-mata nak siapkan isi dan teks debat. Esoknya terpaksa menahan mengantuk dalam kuliah lagi. Memang sangat menduga mental dan fizikal tapi saya hargai saat-saat ini bersama 3 orang dalam team saya. Saya dapat ta’aruf lebih dengan team saya; buat teks sama-sama, makan sama-sama, curi masa buat homework sama-sama, tidur sama-sama, endured panda eyes together too! Jadi mengapa dikesali waktu-waktu ini. Ya! Saya setuju.


Pada hari kejadian, 13-15 Mac 2015. Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, Nilai. Luup-dub. Luup-dub. Niat saya dan team hanya satu. Lillah billah wa fillah, kami hanya nak kutip pengalaman. Kami akan berusaha sehabis daya seperti mana kuatnya daya pengepaman darah dalam Systemic Circulation. Kalau kalah, tak apa, yang penting pengalaman dan ilmunya kami dah genggam sebanyak mungkin. Tapi jauh di hujung cerebrum saya, saya memasang tekad yang saya pegang sejak berada di MATRI lagi, “Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya.” Ya! Saya ingat lagi kata-kata daripada Cikgu Abduh itu. Dah Allah dah beri peluang saya berada di landasan ini, buat apalah saya hanya nak buat secara sambalewa. Mestilah saya nak buat yang paling terbaik untuk naikkan nama Islam, paling kurang dapat Johan. Titik.




Al-Jaulah Al-Ula : Swing vs FPSK C :)
ضبط الأسعار أفضل من زيادة الرواتب

Al-Jaulah Ath-Thaniah : Tamhidi B :) vs FPSK C
الأفلام الماليزية تحتاج إلى التجديد

Al-Jaulah Ath-Thalithah : FPQS C vs FPSK  C :)
التعليم الجامعي الحكومي أفضل من التعليم الجامعي الأهلي

Al-Jaulah Ar-Robi’ah : FPSK B vs FPSK C :)
الأنشطة الرياضية توحد مجتمع ماليزيا

Al-Jaulah Al-Khamisah : Tamhidi B :) vs FPSK C
استخدام الأطفال الأجهزة الإلكترونية الحديثة يفسدهم

Jaulah Rub’u An-Nihai FPSK C :) vs FPBU B
المنتجات المحلية أفضل من المنتجات الخارجية

Jaulah Nisfu An-Nihai : FPSK C :) vs FPBU A
القانون إجابةعن قضية التلوث

Al-Jaulah An-Niha-iyah : FPSK C vs Tamhidi B :)
تنمية روح الوحدة الطنية مسؤولية الأفراد

*(Jaulah : Sidang)

Ya! Alhamdulillah biiznillah kami berjaya mengharungi kesemua lapan sidang. Saya sangat hargai ruang-ruang untuk bertukar-tukar idea, lahjah, gaya dan taktik team dari fakulti lain. Siapa sangka kuasa Allah nak bagi kami sampai ke tahap ini. Tak pernah terlintas langsung. Kami budak baru belajar. Memang bergantung pada Allah 100%. Harapan selalu ada. Jangan pernah berhenti berharap. Ya! Kuasa Allah. Kun fayakun. Bila mana Allah kata jadilah, maka JADILAH. ‘Ala kulli haalin, adat permainan pasti ada menang kalahnya. Walaupun dinobatkan sebagai Naib Johan Debat Bahasa Arab Piala Naib Canselor Kali Ke-8, kami puas. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Mestilah saya sangat-sangat menghargai kemenangan ini. Kemenangan ini kemenangan kita bersama. Team saya, Team A dan B, Keluarga Besar Debat Arab, GenX, FPSK dan yang paling penting kejayaan Islam itu sendiri. :)

. FPSK A . FPSK B .FPSK C .



Saya telah buktikan kata-kata senior saya, “FPSK C bukan pangkat gred C!” Anda bila lagi? Keluarlah daripada kelompok itu. Sebab apa? Sebab kita umat Islam. Umat Islam, umat hebat, UMAT GRED A! Apa-apa yang hendak dilakukan semuanya kena tekun. Allah suka orang-orang yang tekun dalam segenap perbuatannya.


Sekarang masa untuk repair and prepare. Belajar daripada kesalahan. Those who don't remember the past are condemned to repeat it. 

Umat Islam tak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua.
LIFE is a JOURNEY...from ALLAH...to ALLAH...