Thursday 23 May 2013

Nikmat + Dugaan = UJIAN ALLAH!

Assalamualaikum w.b.t.
Mulakan hari anda dengan
S.E.N.Y.U.M.A.N.
Semoga perbuatan kita,
perkataan kita,
dan apa yang terdetik di dalam hati kita
semuanya berlandaskan Allah s.w.t.
Lalu diberikan ganjaran pahala,
diredhoi oleh-Nya
seterusnya ditempatkan bersama hamba2-Nya 
yg mana mereka redho dgn Allah
dan Allah pun redho dgn mereka
Insya Allah~Amin

OK ! Hari ni Wada nk cerita sikit tentang
Nikmat + Dugaan = Ujian Allah
Allah bagi dua2 tu sebab Allah syg kita..
Sayangnya ALLAH~

Sejak bulan 4 yang lalu,
Wada seringkali dikejutkan dengan panggilan
untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi~
Meh nak cerita mengikut kronologi..

15 APRIL 2013
Wada mohon melalui Akademi Al-Quran (AQM) dan 
A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.
Allah memberi peluang mendapatkan tempat 
dalam bidang M.E.D.I.K.
di Universiti Al-Azhar, Mesir..


22 APRIL 2013
Wada jugak turut mohon dalam jurusan 
PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
dan Allah itu sangat P.E.N.Y.A.Y.A.N.G.
Dia turut mengizinkan Wada mendapatkan ruang
di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

25 APRIL 2013
Atas saranan murobbi Wada di MATRI,
Wada pun turut mohon untuk sambung pelajaran
di matrikulasi..
Alhamdulillah~lagi dan lagi sekali Allah turut mengizinkan
Wada mendapat tempat di
Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
dalam bidang S.A.I.N.S

29 APRIL 2013
Wada turut mohon untuk menyambung pelajaran
di MESIR melalui
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH (JZNK)
Alhamdulillah~ Perancangan Allah sgt cantik..

Dia bagi duit zakat yang suci tu kpd yg lebih memerlukan
dan rezeki duit zakat tu milik orang lain
bukan milik Wada
Semoga dia menggunakannya dgn sebaik-baik mungkin~

14 MEI 2013
Ma'had Wada yang tercinta..
Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)
Ya! Semestinya Wada tak melepaskan peluang
untuk menyambung pelajaran 
dalam bidang S.T.A.M di sana..
Sungguh! Allah melapangkan rezeki-Nya lagi utk Wada..
Wada turut mendapat ruang 
di LUBUK TARBIYYAH itu~

16 MEI 2013
Sekali lagi, Mesir memanggilku~
Alhamdulillah! Allah turut menempatkan Wada
di Universiti Alexandria
dalam bidang MEDIK
setelah memohon melalui MEDICMESIR (MM)

18 MEI 2013
Sungguh buta n bodohla Wada kalau 
tak bersyukur dgn nikmat Allah yg sgt melimpah ruah ni..
Alhamdulillah~Setelah memohon melalui UPU,
Allah izin Wada dapat peluang menyambung pelajaran 
di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tamhidi PERUBATAN~
20 MEI 2013
Syukur syukur syukur
ALHAMDULILLAH~
Melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Allah sekali lagi meluaskan rezeki-Nya
dgn memberi peluang Wada menyambung 
dalam bidang B.I.O.T.E.K.N.O.L.O.G.I.
di Universiti Monash, Selangor..

Ya!
Teringat pulak kata2 senior Wada
yang merangkap abang kpd kawan Wada sendiri~
Kita kena ada sifat seorang PENUNTUT ILMU. Tak bolehla kita hanya menunggu untuk disuap. Kita sendiri kena berusaha bersungguh2 dan bekerja keras mencari ilmu tersebut. Kena tagih ilmu tu!

 Nak sambung pengajian untuk peringkat seterusnya pun
kena usaha teruk tau.
Isi melalui bnyk pihak..
Pastikan ada back-up plan..
Ummat Islan kan kena sentiasa bersedia 
dgn sebarang PROBABILITIES..
Kalau plan untuk ke universiti A tak berjaya..
Guna plan B, kalau gagal jugak,
Guna plan C n so on..
Sungguh! 
Wada byk fikir dan refleksi diri balik..
Betapa byk sungguh nikmat yang Allah bagi~
Semua yang Wada mohon,
semua Allah izin Wada dpt,
dan hanya satu yang tak dpt..
Memang patut Wada bersyukur sebab
Wada termasuk dlm golongan yg terpilih~
Allah nak Wada bersyukur sebab ramai lagi yg tak dapat..
Allah nak Wada lebih prihatin dgn shbt2 Wada yg tak dapat..
Allah tak nak Wada jadi seperti Qarun,
dapat nikmat melimpah ruah tapi
lupa siapa Allah..
lupa siapa diri..
lupa siapa yg menguasai..
lupa siapa yg dikuasai..

S.U.B.H.A.N.A.L.L.A.H.
A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.
A.L.LA.H.U.A.K.B.A.R.

Wada jugak try untuk 
berada di tmpt shbt2 Wada yg tak dpt..
Ya! Kalau tiada Allah di hati,
sudah pasti sgt perit,
hati meraung2,
jiwa merana,
jasad menyendiri,
berputus asa dan
bertanya kenapa begitu,
kenapa begini..


Tapi apabila Allah di hati..
Yakinlah Allah itu perancang yang paling terbaik
tiada tandingan..
Jika Dia takdirkan sebegitu,
pasti ada hikmahnya..
pasti ada kebaikannya..
boleh jadi benda yg kita suka tu, buruk utk kita..
boleh jadi benda yg kita benci tu, baik utk kita..
cuma kita hamba manusia yang cetek ilmu
yg tak nampak di mana hikmah dan kebaikan 
yang Allah dah janjikan untuk hamba2-Nya..
tak dpt gnjrn di dunia 
Insya Allah di akhirat nnti..
Redho dan berlapang dadalah
Sabar dan bukalah minda..
byk lagi nikmat Allah..
Betul kan?

tu baru dlm nikmat nk sambung pelajaran..
tak termasuk lagi nikmat yang lain..
BENARLAH KATA2 ALLAH
dlm Surah Al-Khafi ayat 109..

Katakanlah (wahai Muhammad) : Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.


Tak terhenti sayangnya Allah pada Wada setakat tu saja..
Yela! Byk sgt tawaran yg dpt..
Pening la nak memilih yang mana..
Justeru Allah dah sediakan medium yg terbaik
iaitu ISTIKHARAH~
minta agar Allah letakkan Wada di tempat 
yg mndktkan diri kpd-Nya
minta agar Allah tetapkan hati Wada di landasan
yg Islam yg benar
minta agar Allah pinjamkan kekuatan-Nya
kepada Wada untuk menghadapi rawasib jahiliyyah
minta agar Allah dpt konsisten tidak hanya 
dlm medan tarbiyyah tapi jugak dlm medan da'wah
minta agar Allah lindung Wada drpd 
fitnah dunia dan juga akhirat
AMIN ya robbal 'alamin~

Serius Wada pun pening2 lagi..
Tapi stlh MUSYAWARAH 
dgn Mama n Baba

dan mengambil juga pandangan
Murobbi2, sanak saudara wa senior2
Alhamdulillah..
Allah izin, 
kepeningan wa kekusutan tu pun berkurg lagi..
byk aspek yg kna dipertimbangkan dan diambil kira

Yg terakhir,
Allah jugak beri ilham kpd Wada
untuk MUROJA'AH dgn Mr. Google..
Yela, nak msuk universiti mana..
kenala buat ulangkaji sikit,
pasal suasana universiti tu mcm mn..
silibus dia mcm mn..
dan lain2..
Barula Wada dpt keyakinan sikit 
nk melangkah ke alam baru
 Kalau tak asyik terketar2
mcm org ada penyakit Parkinson plak
Ngee~

Akhir sekali,
Semoga Allah senantiasa berada dlm jejak langkah kita semua!
Wada dan KAMU!
di mana pun kamu berada
pastikan ISLAM dpt tumpang~

Monday 20 May 2013

DIA! Sungguh hatiku terpaut~

Good afternoon!
Selamat tengah hari!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah~Allah masih memberi peluang 
untuk Wada menghirup udara keimanan dan keislaman!
Alhamdulillah~Alhamdulillah muscles Wada masih contract dan relax
untuk menaip sedikit perkongsian pengalaman!

SUNGGUH! Banyak sgt nikmat yg Allah berikan kepada Wada
I.N.F.I.N.I.T.I.~

dan Allah juga masih memberi peluang untuk Wada kenal dengan
seorang yang amat Wada kagum~

DIA! Sungguh hatiku terpaut~

Waktu sekolah dulu,
Ada seorang sahabat Wada ni..
Apabila pertama kali melihatnya, dia seolah2 biasa sahaja..
Tapi setelah mengenalinya,
Sungguh!
Dia amat kaya dengan 
KASIH SAYANG~
Padahal Wada bukan ambil berat dekat dia sgt pun.

Waktu Wada demam,
dia jaga Wada
Waktu dia pergi lawatan,
dia akan beli hadiah untuk Wada

Waktu Wada susah,
Dia tolong Wada
Waktu Wada bahagia,
Dia tumpang bahagia
Waktu dia lapang
Dia suka bagi nasihat
ataupun kata2 dlm kad comel

Ya! 
Selamanya kekerasan tidak akan pernah menang dengan kelembutan

Dan semestinya Wada pasti akan merindui orang itu~
Tambah2, Wada dan dia akan smbung belajar di tempat yang berbeza..

Ni kisah lain pulak,
Wada kagum dengan salah seorang senior ni..
Sungguh! Sangat ajaib~
Dia pasti buat dulu sebelum dia katakan sesuatu
Dia ada pesan something sebelum Wada masuk IPT 
Jadilah qudwah (contoh) sejak hari pertama lagi di IPT
Subhanallah! Penting sgt ke qudwah tu?
Sehingga yg tu yg dipesannya~
Memang pun!
Mana mungkin manusia nk buat sesuatu kebaikan
 tanpa dia melihat org lain turut melakukannya~

Wada pun mengaku,
Wada suka tiru senior tu~
Walaupun dia bukanla cakap pong pang pong pang
Tapi dia tunjukkan qudwahnya terang-benderang

Dia rajin belajar
Dia kuat tahajjud
Dia lemah lembut
Dia tak mudah melatah
Dia tak mudah naik angin
Dia bercakap penuh hikmah
Allah pun murka kalau kita tak buat apa yang kita katakan
 OK! Ni masuk cerita bab orang lain pulak,
Ni pasal ustaz Wada yang telah kembali ke rahmatullah..
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'fu'anhu

Hati Wada terjentik apabila dgr cerita ni..
Ada si A, si B dan Ustaz Wada tu,
Si A ni pi cerita pasal kelemahan Ustaz tu dekat si B,
Si B ni dia menokok tambah lagi kelemahan ustaz tu..

Lalu si A ni pulak dia pi cerita pasal kelemahan si B dekat Ustaz tu,
Ajaibnya! Ustaz tu cakap mcm ni..

Itu mungkin kelemahan dia, tapi dia masih ada kelebihan sendiri
Husnuzzonnya Ustaz tu kan~
Sangatla bersangka baik
Dia ialah UDMZ~

Tu tahap ukhuwwah yang paling minimum
Tahap paling maksimum pulak ithar~
melebihkan sahabatnya lebih drpd diri sendiri

Jadi, bila kita dgr berita yg negatif yg xpsti betul ke x psl shbt kita tu,
cuba neutralkan balik bagi jadi positif~
kalau sangka baik pun xdak dalam diri kita, 
jadi di tahap manakah ukhuwwah kita??

Lagi2?
Ni alkisah dgn org lain pulak..
pasal Mama Wada..

Ni Wada dgr dari mlut adik Wada lepas selesai jawab SPM..
Dia kata,
Mama kan waktu Wada jawab SPM hari tu,
Mama mesti akan puasa..
Mama juga akan tahajjud...
Mama akan doa sungguh2...
Mama mesti solat dhuha...
Dush! Malunya..
Wada yg jwb exam pun xbuat cmtu..

Dan sesungguhnya~
Wada amat kagum dgn 
pengorbanan Mama
Dan Wada rasa, salah satu faktor berjayanya Wada
sebab pengorbanan Mama
Doa seorang Mama kan Allah tak pernah tolak!

Oleh itu, Wada berazam nak terapkan akhlak2 orang2 yg di atas
ke dalam diri Wada sendiri~
Kaya dengan kasih sayang~
Bersangka baik~
Sanggup berkorban~
Sebab Wada tahu,
ummat di luar memerlukan sesuatu..
tambah2 di alam IPT nnti..
Sesuatu itu ialah cara hidup yang sebenar
mengikut lunas-lunas Islam~
Kembali kepada Pencipta-Nya
Allah robbul 'izzati~

AKULAH DAI'E (PENYERU) ITU!
Tak lain tak bukan,
satu-satunya modal untuk Wada memenangi hati mereka
ialah dengan 
A.K.H.L.A.K.M.U.L.I.A.

Ya Allah! 
Baikkanlah akhlakku sebagaimana engkau baikkan penciptaanku~

Amin Ya Zaljalali wal ikram~

Friday 3 May 2013

Rewind : JDK 2013~

ASSALAMUALAIKUM w.b.t.
SILA SEBUT YE!

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..
La ilaha illallah..
Astaghfirullah..
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad..

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang
Ok! Tahniah kerana berjaya mengingati Allah s.w.t.~
Dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.~
Semoga Allah redho dengan apa yang keluar daripada mulut kalian..

Walaupun dah berbulan2 JDK 2013 melabuhkan tirai,
baru hari ini Wada berpeluang untuk 
berkongsi apa yang Wada dapat dari JDK
a.k.a.
KURSUS JATI DIRI DAN KESUKARELAWANAN REMAJA 2013

Memandangkan Wada anak jati orang UTARA,
semestinyalah Wada join JDK Utara
dekat Batu Ampar Resorts, P.E.R.A.K.
pada 26 Januari - 16 Februari 2013

Wada sangat2la rindu dgn sahabat2 MATRI,
jadi ia menjadi C.A.T.A.L.Y.S.T.
yang menaikkan semangat Wada
untuk ke JDK sebanyak 100%
+
Wada tak buat apa2 kat rumah
cuma belajar masak2 lauk dan kek
jadi JDK ni dpt mengisi masa lapang Wada tu

Teringat pulak dekat kata2 Cikgu C.H.E.M.I.S.T.RY.
Cikgu Zaiton binti Abdul Gahani :

Sesiapa yang tidak disibukkan dengan kebaikan,
dia akan disibukkan dengan kejahatan! 

Sebelum sampai ke tapak kursus,
Wada + family perhatikan kawasan sekeliling
ialah H.U.T.A.N. ok!
Wada tak kisah sgt pun kat hutan ke kat mana
sebab Wada dh biasa, 
sekolah dulu pun kat ceruk hutan jugak
SILA JANGAN TERKEJUT SANGAT!
Dan yg paling penting Wada tau,
ada something Allah nak bagi kat Wada,
sebab tu Allah campak Wada dekat 
JDK Utara

bukan JDK Tengah or Timur
yg serba cukup
OK! Peserta JDK selain Utara,
SILA JANGAN NAIK BERANG!

Baba siap berceloteh :
Lepas ni Wada dok dkt hutan 3 minggu,
Balik rumah mesti P.E.R.A.K.
Geng orang utan~

Erk! OK! Itu tak meruntuhkan langsung 
SEMANGAT Wada yang berkobar2 ni..

Kita kembali ke topik asal!
Apa yg Wada dpt kat JDK Utara sebenarnya?

Sebelum tu,
nak bagitau yg Wada ni,
dapat menjadi salah satu ahli K.E.L.U.A.R.G.A.
Kumpulan 2
a.k.a.
A.G
AVANT GARDE!
A.G. Takbir!
Allahu akbar~
Osem la group ni..
Terbaik! 


+ Aimuni + Nasywah + Nabihah + Wada sendiri

Peristiwa beg bagasi...
Tak silap peristiwa ni jadi waktu hari kedua..
Waktu tu baru balik berkubang kat S.U.N.G.A.I.
Dengan basah2 tu,
Wada cuba nak ambik baju dalam beg bagasi
yg mana Wada dh kunci dgn passcode..
Tapi Allah izin,
beg tu tak terbukak jugak walaupun 
dah cuba byk2 kali 
with the right code!
Rasa nk nangis je,

Baju Wada semua kat dlm tu!
Waktu ni la, ada 2 org insan ni,
AHBI + NJBR
depa pun dtg tlg Wada...
Padahal sepatutnya depa pun kena 
siap2 untuk makan malam jugak
Alhamdulillah!
Usaha yg terakhir tak mengecewakan
dan
berkat pertolongan sahabat2
beg tu pun terbukak jugak..
Allah uji beg tu terkunci sekejap je,
tapi byk benda Allah ajar..

Berita dunia
Wartawannya ialah Dr. Azrul..
OK! Menarik!
Apabila seorang doktor mampu menjadi wartawan jugak

Pakej 2 in 1..
Kalian ingat negara Islam tu 
hanya PALESTIN + MESIR je ke?
Sebenarnya banyak lagi yg kita tak tahu..
Wada + kamu tak tahu..
Tahu Angola?
Tahu Rohingya?
Tahu Mali?
Tahu Afghanistan?
Tahu Syria?
Ada yg kita pernah dgr..
Tapi kita prihatin ke apa yg jd kat depa..
Kalau tak tahu boleh tanya Encik Google!
Sungguh Wada mengaku,
SELLFISHnye aku!
Duduk dalam tempurung sendiri je,
Tak tahu dunia orang lain..
OK! Tolong sedar eh..
ORANG MUKMIN ITUKAN BERSAUDARA!
Kenala ambik tahu dan tembak doa untuk depa eh! 

Night Walking 
Waktu ni kakak fasi tersayang,
depa letak peserta2 perempuan
tengah2 hutan
tengah2 malam
(hiperbola..padahal dekat je dgn tapak kursus)
OK! S..O.R.A.N.G.2. je!
Bayangkan!
Jap gi ada ular ke,
ada bla bla..
malas nk sebut..
tapi 
APA YANG PENTING?
bagaimana kita kat
KUBUR nanti?
sorang2 jugak
PADANG MAHSYAR nanti?
sorang2 jugak
HISAB nanti?
sorang2 jugak
lalu SIROT nanti?
sorang2 jugak
Jadi, takkanlah kita tak sedar2 lagi,
Muhasabah diri balik

Bentangkan balik
Banyak mana amalan soleh 
wa
Banyak mana amalan munkar
Pastu buat la gerak kerja seterusnya
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak
Mayat itu ialah A.K.U.!
Seram tak tajuk tu?
Ok! SILA SEDAR!
Wada + kamu jugak ialah
bakal mayat itu!
TAK TERKECUALI DAN PASTI!
Waktu pengurusan jenazah ni,
Wada tak byk bising mcm slot2 yg lepas..
Banyak benda yg bermain kt dalam benak otak Wada
Bestnya! Mayat tu senyumla
Bestnya! Mayat tu ringanla
Bestnya! Mayat tu wangila
Subhanallah!
Bestnya! jika mati dalam husnul khotimah..
Na'uzubillah! 
Ngerinya! jika mati dalam su-ul khotimah..
TENGOK!
ada dua jenis corak kematian kan?
lalu kitalah yang berkuasa MENCORAKKAN kematian kita..

sama ada pengakhiran yang baik atau buruk..

I'm flying!
Saat yg paling seronok sekali!
K.E.T.A.Q.?
tak payah dok kata..
i think my adrenaline level in my body 
is in EXCESS!
Tapi demi merebut peluang pertama 
atau mungkin yang terakhir
Wada gagahi jugak!
F.L.Y.I.N.G.F.O.X.
OK! Serius GAYAT!

Alhamdulillah!
Tak dak apa2 jadi,
Wada masih hidup hari ni..
Apa yg Wada dpt eh?
Haa..Cuba fikir kejap!
5 saat je!Ok dh cukup~
Bagi Wada, trek laluan tu ialah ISLAM sendiri..
Allah dh sediakan laluan yg terbaik untuk kita..
Jadi tak perlulah nak GAYAT sebab akhir sekali
Allah yg akan sambut kita jugak..
Life is a journey! From Allah and to Allah..

Andai kata Wada tak nak ikut laluan tu,
iaitu ISLAM,
Pasti! Binasalah Wada! 
Sebab apa?
Sebab Allah hanya terima + redho Islam SAHAJA!
Yang lain?
Reject!

Sebenarnya byk lagi yg Wada dapat
Sesungguhnya ini semua
NIKMAT daripada Allah s.w.t.
Kalau dihitung pun, pasti tidak akan habis!
INFINITI!

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang kamu dustakan?
Kepada sahabat2 JDK Utara 2013 yg lain, jgn kecik hati pulak ye..
Nama tak disebut..Tak larat nak tulis..
Hanya mampu tembak doa dari jauh!
Sayang kalian fillahi walillahi wahdah!


Semoga berada dalam kasih sayang Allah selalu..
Tolong tembak doa untuk Wada jugak!

Thursday 2 May 2013

Ilmu VS. Makan Minum

  ASSALAMUALAIKUM
 warahmatullahi wabarakatuhi wamaghfiratuhi waridhwanuhi 
    
Alhamdulillah!
wa syukur lillahi 'ala ni'matihi..

OK, hari ni Wada nak kongsi pasal tajuk kat atas tu..

Semalam Wada ada baca satu buku ni,
TARBIYAH DZATIYAH
by Solikhin Abu 'Izzuddin..
BEST!

kalau berpeluang baca buku ni,
SILA BACA SAMPAI HABIS!

Imam Ahmad ada berkata :
Keperluan manusia terhadap ilmu pengetahuan itu lebih besar daripada makan dan minum kerana orang yang memerlukan makan dan minum sehari hanya 1-3 kali tetapi keperluan terhadap ilmu sebanyak bilangan tarikan nafasnya.
TENGOK!
Manusia a.k.a. Wada dan kamu sendiri
sangat-sangat memerlukan ILMU dalam kehidupan
bahkan melebihi kuota untuk makan dan minum..

Membaca dan ilmu ni memang tak boleh dipisahkan.

Kalau tak membaca 
macam mana kita nak dapat sesuatu ilmu dan pengetahuan?
Ye tak?
Ayat pertama dalam Al-Quran pun
menyeru kita semua agar
M.E.M.B.A.C.A..

SEBAB APA?
haa..cuba perah otak dulu sebelum baca apa yang Wada tulis ni..











~Kalau takdak ilmu macam mana kita nak beramal?

Takkan nak beramal ikut orang je?
Takkan nak beramal cincai2 je?
Oh, maaf la ye!
Kalau macam ni la, 
ada ke Allah nak terima amal kita?
Allah pun dah pesan awal-awal lagi kat kita semua
dalam Surah Al-Isra' 36

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui kerana pendengaran + penglihatan + hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.
~Kalau takdak ilmu, macam mana kita nak bentuk kerangka berfikir?
Wada akui lepas SPM ni,
My rate of thinking skills decreases..
Cerebrum Wada malas nak berfikir..
Jadi jom kita membaca!

Tak kirala buku apa-apa pun
sirah ke, fiqh ke, akhlaq ke, tajwid ke, akademik ke
Asalkan B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.
Peribahasa Mesir klasik ada menyebut :

Buku ialah makanan bagi jiwa manusia

~Kalau takdak ilmu, macam mana nak kuatkan peribadi?
Seriously kalau tak percaya kita tengok 
ORANG J.E.P.U.N.!
Depa banyak membaca,
banyak membaca maka banyakla ilmu,
banyak ilmu maka akan dihormati masyarakat
MAJU.PANDAI.KREATIF.
dan segala bagai..

Sayangnya!
Kita sebagai orang Islam patut lebih hebat daripada depa

Jadi apa lagi?

Macam mana nak tumbuhkan 
MINAT MEMBACA?

~Fokus! Jaga konsentrasi apabila membaca..
Apabila kita menjaga kesucian zahir + batin
dan menjaga adab

kita akan mudah untuk F.O.K.U.S.!
Bohong sangat kalau orang selepas peluh-peluh bersukan,
terus pegang buku dapat fokus ketika membaca!
TAK JAMIN!

~Penghafalan
Sebaik-baiknya apabila membaca,
sediakan HIGHLIGHTER,
tak pun PEN + BUKU
catat isi-isi baru drpd buku yang kita baca,

faham dan amalkan insya Allah akan terhafal..

Nak cerita sikit..
Semua kitab-kitab Imam Al-Ghazali telah 
dirompak oleh perompak.
Tetapi beliau sedar tempat menyimpan ilmu yang hakiki
ialah di dalam dada iaitu hafalan
bukannya pada kertas-kertas kitab..

Al-Ilmu fis sudur la fis suthur
 ~Pengamalan
OK! Nak bawa satu fakta untuk membuktikan 
K.E.B.E.N.A.R.A.N.
daripada Dr. Vernon A. Magnesan

Kita belajar :

10% melalui pembacaan
20% melalui pendengaran
30% melalui penglihatan
50% melalui pendengaran + penglihatan
70% melalui perkataan
90% melalui perkataan + pengamalan 

Jadi, amalkan la ilmu yang kita baca tu,
barula lebih ingat dan bermakna!


~Mempunyai tahap
Haa! Apabila kita suburkan minat membaca,
biarlah sesuai dengan tahap pemikiran kita!
Baca bahan yang ringan-ringan dulu,
DAH JATUH CINTA DENGAN BUKU?
bolehlah upgrade untuk baca buku yang lebih berat..

~Ambil motivasi + semangat ULAMA' SALAF
Imam Az-Zuhri amat gemar membaca 
dan ada yang menganggap dia keterlaluan..
Isterinya pun pernah berkata :
Demi Allah, buku-buku ini lebih berat bagiku daripada dimadu dengan tiga orang perempuan
 Tengok!
Betapa semangatnya ulama' dulu2 membaca.
Tak mau ikut jejak depa ka?
OK! The statement is pointed back to me..

~Pemilihan waktu yang T.E.P.A.T.
Ulama' dulu2 dah gariskan panduan untuk kita.
UNTUK APA?
nak tingkatkan prestasi + kadar efektif ketika membaca
JOM BACA APA DEPA KATA..

Waktu yang terbaik untuk menghafal ialah waktu sahur (sebelum fajar), untuk meneliti ialah waktu pagi, untuk menulis ialah waktu tengah hari, dan untuk menelaah + mengulang kaji ialah waktu malam
~Doa
Apa yang penting?
BANYAKKAN DOA!

doa kepada Allah agar
Allah ampunkan dosa2 kita, baru ilmu boleh masuk,
Allah tumbuhkan minat membaca ke dalam diri kita,
Allah kurniakan ilmu yang bermanfaat,
Allah kira sebagai amal ibadah
dan yang paling utama agar 
Allah campakkan taufiq + hidayah + inayah + istiqamah
ke dalam diri kita..

Akhir sekali,
Wada nak bawa satu surat cinta daripada
Pencipta kita
Pencipta Wada + kamu
Pencipta apa yang di langit + di bumi


Min suuratil Mujadilah
ayat 11
...Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.
Semoga ayat di atas mampu menyuntik semangat ke dalam diri kita
BOOSTER IN READING BOOKS!

Kawan Wada sorang ni, 
NBN
suka sangat ajak Wada + kawan2 lain,
agar membaca..
IQRA'! 
Tunggu apa lagi?
                              
LIFE is a JOURNEY...from ALLAH...to ALLAH...