Thursday 23 May 2013

Nikmat + Dugaan = UJIAN ALLAH!

Assalamualaikum w.b.t.
Mulakan hari anda dengan
S.E.N.Y.U.M.A.N.
Semoga perbuatan kita,
perkataan kita,
dan apa yang terdetik di dalam hati kita
semuanya berlandaskan Allah s.w.t.
Lalu diberikan ganjaran pahala,
diredhoi oleh-Nya
seterusnya ditempatkan bersama hamba2-Nya 
yg mana mereka redho dgn Allah
dan Allah pun redho dgn mereka
Insya Allah~Amin

OK ! Hari ni Wada nk cerita sikit tentang
Nikmat + Dugaan = Ujian Allah
Allah bagi dua2 tu sebab Allah syg kita..
Sayangnya ALLAH~

Sejak bulan 4 yang lalu,
Wada seringkali dikejutkan dengan panggilan
untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi~
Meh nak cerita mengikut kronologi..

15 APRIL 2013
Wada mohon melalui Akademi Al-Quran (AQM) dan 
A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.
Allah memberi peluang mendapatkan tempat 
dalam bidang M.E.D.I.K.
di Universiti Al-Azhar, Mesir..


22 APRIL 2013
Wada jugak turut mohon dalam jurusan 
PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
dan Allah itu sangat P.E.N.Y.A.Y.A.N.G.
Dia turut mengizinkan Wada mendapatkan ruang
di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

25 APRIL 2013
Atas saranan murobbi Wada di MATRI,
Wada pun turut mohon untuk sambung pelajaran
di matrikulasi..
Alhamdulillah~lagi dan lagi sekali Allah turut mengizinkan
Wada mendapat tempat di
Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
dalam bidang S.A.I.N.S

29 APRIL 2013
Wada turut mohon untuk menyambung pelajaran
di MESIR melalui
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH (JZNK)
Alhamdulillah~ Perancangan Allah sgt cantik..

Dia bagi duit zakat yang suci tu kpd yg lebih memerlukan
dan rezeki duit zakat tu milik orang lain
bukan milik Wada
Semoga dia menggunakannya dgn sebaik-baik mungkin~

14 MEI 2013
Ma'had Wada yang tercinta..
Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)
Ya! Semestinya Wada tak melepaskan peluang
untuk menyambung pelajaran 
dalam bidang S.T.A.M di sana..
Sungguh! Allah melapangkan rezeki-Nya lagi utk Wada..
Wada turut mendapat ruang 
di LUBUK TARBIYYAH itu~

16 MEI 2013
Sekali lagi, Mesir memanggilku~
Alhamdulillah! Allah turut menempatkan Wada
di Universiti Alexandria
dalam bidang MEDIK
setelah memohon melalui MEDICMESIR (MM)

18 MEI 2013
Sungguh buta n bodohla Wada kalau 
tak bersyukur dgn nikmat Allah yg sgt melimpah ruah ni..
Alhamdulillah~Setelah memohon melalui UPU,
Allah izin Wada dapat peluang menyambung pelajaran 
di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tamhidi PERUBATAN~
20 MEI 2013
Syukur syukur syukur
ALHAMDULILLAH~
Melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Allah sekali lagi meluaskan rezeki-Nya
dgn memberi peluang Wada menyambung 
dalam bidang B.I.O.T.E.K.N.O.L.O.G.I.
di Universiti Monash, Selangor..

Ya!
Teringat pulak kata2 senior Wada
yang merangkap abang kpd kawan Wada sendiri~
Kita kena ada sifat seorang PENUNTUT ILMU. Tak bolehla kita hanya menunggu untuk disuap. Kita sendiri kena berusaha bersungguh2 dan bekerja keras mencari ilmu tersebut. Kena tagih ilmu tu!

 Nak sambung pengajian untuk peringkat seterusnya pun
kena usaha teruk tau.
Isi melalui bnyk pihak..
Pastikan ada back-up plan..
Ummat Islan kan kena sentiasa bersedia 
dgn sebarang PROBABILITIES..
Kalau plan untuk ke universiti A tak berjaya..
Guna plan B, kalau gagal jugak,
Guna plan C n so on..
Sungguh! 
Wada byk fikir dan refleksi diri balik..
Betapa byk sungguh nikmat yang Allah bagi~
Semua yang Wada mohon,
semua Allah izin Wada dpt,
dan hanya satu yang tak dpt..
Memang patut Wada bersyukur sebab
Wada termasuk dlm golongan yg terpilih~
Allah nak Wada bersyukur sebab ramai lagi yg tak dapat..
Allah nak Wada lebih prihatin dgn shbt2 Wada yg tak dapat..
Allah tak nak Wada jadi seperti Qarun,
dapat nikmat melimpah ruah tapi
lupa siapa Allah..
lupa siapa diri..
lupa siapa yg menguasai..
lupa siapa yg dikuasai..

S.U.B.H.A.N.A.L.L.A.H.
A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.
A.L.LA.H.U.A.K.B.A.R.

Wada jugak try untuk 
berada di tmpt shbt2 Wada yg tak dpt..
Ya! Kalau tiada Allah di hati,
sudah pasti sgt perit,
hati meraung2,
jiwa merana,
jasad menyendiri,
berputus asa dan
bertanya kenapa begitu,
kenapa begini..


Tapi apabila Allah di hati..
Yakinlah Allah itu perancang yang paling terbaik
tiada tandingan..
Jika Dia takdirkan sebegitu,
pasti ada hikmahnya..
pasti ada kebaikannya..
boleh jadi benda yg kita suka tu, buruk utk kita..
boleh jadi benda yg kita benci tu, baik utk kita..
cuma kita hamba manusia yang cetek ilmu
yg tak nampak di mana hikmah dan kebaikan 
yang Allah dah janjikan untuk hamba2-Nya..
tak dpt gnjrn di dunia 
Insya Allah di akhirat nnti..
Redho dan berlapang dadalah
Sabar dan bukalah minda..
byk lagi nikmat Allah..
Betul kan?

tu baru dlm nikmat nk sambung pelajaran..
tak termasuk lagi nikmat yang lain..
BENARLAH KATA2 ALLAH
dlm Surah Al-Khafi ayat 109..

Katakanlah (wahai Muhammad) : Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.


Tak terhenti sayangnya Allah pada Wada setakat tu saja..
Yela! Byk sgt tawaran yg dpt..
Pening la nak memilih yang mana..
Justeru Allah dah sediakan medium yg terbaik
iaitu ISTIKHARAH~
minta agar Allah letakkan Wada di tempat 
yg mndktkan diri kpd-Nya
minta agar Allah tetapkan hati Wada di landasan
yg Islam yg benar
minta agar Allah pinjamkan kekuatan-Nya
kepada Wada untuk menghadapi rawasib jahiliyyah
minta agar Allah dpt konsisten tidak hanya 
dlm medan tarbiyyah tapi jugak dlm medan da'wah
minta agar Allah lindung Wada drpd 
fitnah dunia dan juga akhirat
AMIN ya robbal 'alamin~

Serius Wada pun pening2 lagi..
Tapi stlh MUSYAWARAH 
dgn Mama n Baba

dan mengambil juga pandangan
Murobbi2, sanak saudara wa senior2
Alhamdulillah..
Allah izin, 
kepeningan wa kekusutan tu pun berkurg lagi..
byk aspek yg kna dipertimbangkan dan diambil kira

Yg terakhir,
Allah jugak beri ilham kpd Wada
untuk MUROJA'AH dgn Mr. Google..
Yela, nak msuk universiti mana..
kenala buat ulangkaji sikit,
pasal suasana universiti tu mcm mn..
silibus dia mcm mn..
dan lain2..
Barula Wada dpt keyakinan sikit 
nk melangkah ke alam baru
 Kalau tak asyik terketar2
mcm org ada penyakit Parkinson plak
Ngee~

Akhir sekali,
Semoga Allah senantiasa berada dlm jejak langkah kita semua!
Wada dan KAMU!
di mana pun kamu berada
pastikan ISLAM dpt tumpang~

2 comments:

Anonymous said...

Semoga Wada tsabat di jalanNya.. Doakan kami K18 yg lain utk terus kuat menongkah arus jahiliyah.. :D

Qeela said...

comelnyee blog ni :) entry pon bermanfaat :) terus Qeela follow sini. hope dpt visit blog Qeela balik and follow me back ye? thanks! :)

https://ourrandomrainbow.blogspot.com

:)

LIFE is a JOURNEY...from ALLAH...to ALLAH...