Thursday 2 May 2013

Ilmu VS. Makan Minum

  ASSALAMUALAIKUM
 warahmatullahi wabarakatuhi wamaghfiratuhi waridhwanuhi 
    
Alhamdulillah!
wa syukur lillahi 'ala ni'matihi..

OK, hari ni Wada nak kongsi pasal tajuk kat atas tu..

Semalam Wada ada baca satu buku ni,
TARBIYAH DZATIYAH
by Solikhin Abu 'Izzuddin..
BEST!

kalau berpeluang baca buku ni,
SILA BACA SAMPAI HABIS!

Imam Ahmad ada berkata :
Keperluan manusia terhadap ilmu pengetahuan itu lebih besar daripada makan dan minum kerana orang yang memerlukan makan dan minum sehari hanya 1-3 kali tetapi keperluan terhadap ilmu sebanyak bilangan tarikan nafasnya.
TENGOK!
Manusia a.k.a. Wada dan kamu sendiri
sangat-sangat memerlukan ILMU dalam kehidupan
bahkan melebihi kuota untuk makan dan minum..

Membaca dan ilmu ni memang tak boleh dipisahkan.

Kalau tak membaca 
macam mana kita nak dapat sesuatu ilmu dan pengetahuan?
Ye tak?
Ayat pertama dalam Al-Quran pun
menyeru kita semua agar
M.E.M.B.A.C.A..

SEBAB APA?
haa..cuba perah otak dulu sebelum baca apa yang Wada tulis ni..











~Kalau takdak ilmu macam mana kita nak beramal?

Takkan nak beramal ikut orang je?
Takkan nak beramal cincai2 je?
Oh, maaf la ye!
Kalau macam ni la, 
ada ke Allah nak terima amal kita?
Allah pun dah pesan awal-awal lagi kat kita semua
dalam Surah Al-Isra' 36

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui kerana pendengaran + penglihatan + hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.
~Kalau takdak ilmu, macam mana kita nak bentuk kerangka berfikir?
Wada akui lepas SPM ni,
My rate of thinking skills decreases..
Cerebrum Wada malas nak berfikir..
Jadi jom kita membaca!

Tak kirala buku apa-apa pun
sirah ke, fiqh ke, akhlaq ke, tajwid ke, akademik ke
Asalkan B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.
Peribahasa Mesir klasik ada menyebut :

Buku ialah makanan bagi jiwa manusia

~Kalau takdak ilmu, macam mana nak kuatkan peribadi?
Seriously kalau tak percaya kita tengok 
ORANG J.E.P.U.N.!
Depa banyak membaca,
banyak membaca maka banyakla ilmu,
banyak ilmu maka akan dihormati masyarakat
MAJU.PANDAI.KREATIF.
dan segala bagai..

Sayangnya!
Kita sebagai orang Islam patut lebih hebat daripada depa

Jadi apa lagi?

Macam mana nak tumbuhkan 
MINAT MEMBACA?

~Fokus! Jaga konsentrasi apabila membaca..
Apabila kita menjaga kesucian zahir + batin
dan menjaga adab

kita akan mudah untuk F.O.K.U.S.!
Bohong sangat kalau orang selepas peluh-peluh bersukan,
terus pegang buku dapat fokus ketika membaca!
TAK JAMIN!

~Penghafalan
Sebaik-baiknya apabila membaca,
sediakan HIGHLIGHTER,
tak pun PEN + BUKU
catat isi-isi baru drpd buku yang kita baca,

faham dan amalkan insya Allah akan terhafal..

Nak cerita sikit..
Semua kitab-kitab Imam Al-Ghazali telah 
dirompak oleh perompak.
Tetapi beliau sedar tempat menyimpan ilmu yang hakiki
ialah di dalam dada iaitu hafalan
bukannya pada kertas-kertas kitab..

Al-Ilmu fis sudur la fis suthur
 ~Pengamalan
OK! Nak bawa satu fakta untuk membuktikan 
K.E.B.E.N.A.R.A.N.
daripada Dr. Vernon A. Magnesan

Kita belajar :

10% melalui pembacaan
20% melalui pendengaran
30% melalui penglihatan
50% melalui pendengaran + penglihatan
70% melalui perkataan
90% melalui perkataan + pengamalan 

Jadi, amalkan la ilmu yang kita baca tu,
barula lebih ingat dan bermakna!


~Mempunyai tahap
Haa! Apabila kita suburkan minat membaca,
biarlah sesuai dengan tahap pemikiran kita!
Baca bahan yang ringan-ringan dulu,
DAH JATUH CINTA DENGAN BUKU?
bolehlah upgrade untuk baca buku yang lebih berat..

~Ambil motivasi + semangat ULAMA' SALAF
Imam Az-Zuhri amat gemar membaca 
dan ada yang menganggap dia keterlaluan..
Isterinya pun pernah berkata :
Demi Allah, buku-buku ini lebih berat bagiku daripada dimadu dengan tiga orang perempuan
 Tengok!
Betapa semangatnya ulama' dulu2 membaca.
Tak mau ikut jejak depa ka?
OK! The statement is pointed back to me..

~Pemilihan waktu yang T.E.P.A.T.
Ulama' dulu2 dah gariskan panduan untuk kita.
UNTUK APA?
nak tingkatkan prestasi + kadar efektif ketika membaca
JOM BACA APA DEPA KATA..

Waktu yang terbaik untuk menghafal ialah waktu sahur (sebelum fajar), untuk meneliti ialah waktu pagi, untuk menulis ialah waktu tengah hari, dan untuk menelaah + mengulang kaji ialah waktu malam
~Doa
Apa yang penting?
BANYAKKAN DOA!

doa kepada Allah agar
Allah ampunkan dosa2 kita, baru ilmu boleh masuk,
Allah tumbuhkan minat membaca ke dalam diri kita,
Allah kurniakan ilmu yang bermanfaat,
Allah kira sebagai amal ibadah
dan yang paling utama agar 
Allah campakkan taufiq + hidayah + inayah + istiqamah
ke dalam diri kita..

Akhir sekali,
Wada nak bawa satu surat cinta daripada
Pencipta kita
Pencipta Wada + kamu
Pencipta apa yang di langit + di bumi


Min suuratil Mujadilah
ayat 11
...Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.
Semoga ayat di atas mampu menyuntik semangat ke dalam diri kita
BOOSTER IN READING BOOKS!

Kawan Wada sorang ni, 
NBN
suka sangat ajak Wada + kawan2 lain,
agar membaca..
IQRA'! 
Tunggu apa lagi?
                              

1 comment:

A-T-I-E-F said...

alhamdulillah...seronok apabila MEMBACA...moga tulisan2 ini menjadi pembakar semangat untuk semua membaca..jzk wawa ku sayang;)

LIFE is a JOURNEY...from ALLAH...to ALLAH...