Tuesday 2 April 2013

Ada apa dengan 21 MAC 2013?

Peace be upon Y.O.U!
Assalamualaikum...

OK, seperti yang dijanjikan..
Ada apa dengan 21 Mac 2013?
sekali pandang macam tak dak apa2 pun...
tapi bagi Wada hari ini telah melakar sejarah dalam
WADA'S BOOK OF RECORDS..


Pada hari itu,
Wada dan warga Batch 18 MATRI,
menerima KEPUTUSAN SPM 2012...
Setelah sebulan lebih berhempas pulas,
kini tibalah masanya kami menuai hasil tanaman...

R.E.W.I.N.D !

Ok, pagi tu Wada bersiap2 untuk ke MATRI.Wada ialah golongan yang PALING L.E.W.A.T bersiap hari tu.Bukannya apa, Wada rasa adrenalin Wada terlebih dalam badan but Wada still tak nak mengaku yang Wada sebenarnya SANGAT-SANGAT NERVOUS!Sampaikan cikgu Add Math Wada ckp,
"Eh kamu ni, awat yang gelabah semacam hari ni??"
Cikgu tetap dapat mengesan gabra Wada walaupun Wada dh cuba sembunyikan..
Padahal kawan2 lain tak perasan pun...

Apa2 pun segala keputusan yang bakal Wada terima,
diserahkan BULAT-BULAT kpd Allah..

Pagi tu pihak MATRI mengadakan majlis sempena penyerahan slip keputusan SPM Batch 18..
Almaklomla, batch kami sama ada putera mahupun puteri dah berkampung kat MATRI beberapa hari yang lepas <semangat nak ambik result>

"Ish! Lambat betul la pukul 11.30 ni.Ketaq tak sangga dh ni",apabila Wada bermonolog.

Tiba-tiba datang angin KUS-KUS..


"Najwa dapat 10A!"


Aiyoo..Najwa ni, tak sabar la..Awatla tak tunggu Cikgu Syahid umum keputusan..
SAH!mesti dia SMS nk tau result dia..
OK!Najwa memang sengaja menambah dos adrenalin dalam jismi..

AKHIRNYA..
Detik ini DATANG JUA!

Keputusan SPM 2012 dengan pencapaian x A ...
1) NNBJ
2) RNBR
3) MABS
4) MNIBI

ALHAMDULILLAH! All praises to ALLAH only..
tumpang gembira untuk depa sebab berjaya menaikkan nama ISLAM..
Islam itukan TINGGI dan TIADA yang LEBIH TINGGI drpdnya..
Tahun ni MATRI menduduki
anak tangga ke-7 daripada 20 sekolah di PERLIS!!

Lastly, 5) USBMK

OH OOOKAYY..mcm tak percaya je yg last tu termasuk dlm senarai jugak..
mcm mimpi di siang hari je..sbb kwn Wada tu agkla blurr..
mungkin Allah nk bg kat dia..

yg menariknya, Wada usher kwn Wada yang no 5 tu..
tidak semena2nya..
AIR MATAnya gugur di pipi..

Mungkin dia menangis kerana gembira..
Selayaknya semua pujian hanya untuk Allah!



Asyik ckp result depa ja..
RESULT WADA plak!
All praises to Allah Wada dpt yg Allah tetapkan yg terbaik untuk Wada..
Sebenarnya, result yang Wada dpt di luar jangkauan kotak minda Wada..
Tak sangka akan dpt sebanyak itu..
Wada redho dan senang hati dengan takdir itu..
Segera sujud syukur tanda rendah diri sbgi hamba yg hina...
Semoga Wada dan warga Khalifah 18 lebih dekat dan cinta akan Allah selepas2 ini..

REDHO bukanlah duduk pasrah dan titik penamat dalam kehidupan 
tetapi 
ia merupakan kebangkitan kembali dan titik permulaan untuk mencapai 
kehidupan yang lebih cemerlang..

Jom bangun kembali!
Berpimpinan tangan,
Seiring sehaluan,
Membawa Islam ke pelosok dunia
INSYA ALLAH!


P/S : Bersedia untuk alam seterusnya!

IPT!
I'M COMING!

1 comment:

Unknown said...

..Allah itu tidak zalim..

LIFE is a JOURNEY...from ALLAH...to ALLAH...